Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.
Setinggi-tinggi doa dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas segala
nikmatNya & marilah sama-sama kita berdoa untuk keselamatan &
kesejahteraan saudara mangsa-mangsa banjir.
Tujuan saya menulis entry ini adalah untuk membersihkan nama saya & nama Indah Tradisi yang merupakan syarikat perniagaan online saya yang telah difitnah sehingga mencemarkan nama saya saya.
Allah uji saya dengan bermacam ujian & masalah tapi saya cuba untuk bersabar. Ada yang rebranding produk saya tanpa kebenaran & buat page saya penipu, tuduh macam-macam, masih saya diamkan juga. Tak perlu saya ceritakan segala detail masalah saya di sini tetapi segala bukti penuh berkenaan fitnah yang ditujukan, saya akan tunjuk kepada pihak berwajib sahaja jika perlu & bukti yang perlu saya akan sertakan bersama post ini.
Demi Allah, saya tak mahu panjangkan hal ini namun fitnah ni dah bagi kesan
buruk pada saya. Saya harus berdepan sebab saya berniaga, kalau saya penipu,
saya dah lama kena tangkap & facebook page saya tak akan bertahan sampai
sekarang sedangkan semua detail ada di page saya jika polis nak cari saya.
Masalah
mencemarkan nama baik saya bertambah serius apabila seorang saudari ini
memfitnah saya dengan bermacam tuduhan di blog beliau iaitu
piranhabesi.blogspot.com. Tuduhan tersebut termasuklah:
1) Saya adalah antara penipu tegar & top scammer di Malaysia.
2) Scam food
delivery
3) Scam jual
beli tanah
4) Scam
nanny/pengasuh budak
5) Suami saya menyamar menjadi orang Arab
6) Scam jual
wax
Semua
tuduhan ini dikemukakan atas maklumat carian google iklan di bawah nombor
019-283 2174. Memang nombor tersebut adalah nombor saya & semua iklan yang
dipaparkan adalah benar.
Untuk
pengetahuan, saya ada semua dokumen geran tanah yang cakap saya tipu, secara
logiknya cuba fikir macam mana nak scam jual beli tanah jika semua urusan jual
beli dan tukar nama tidak dibuat di pejabat tanah? Tanah yang dipertikaikan tu hasil titik peluh
saya & suami saya bekerja. Adakah menjadi satu kesalahan jika saya ingin
menjual asset saya? Beliau mempertikaikan no telefon rumah 04 yang diperolehi
di iklan bulan Mac, no tersebut memang no telefon rumah saya. Namun pada bulan
Jun, saya telah berpindah ke Selangor( saya ada maklumkan di page) & telah
menamatkan servis nombor tersebut. Jadi jika call sekarang memang nombor
tersebut tak dapat dihubungi & hal ini juga menjadi masalah besar kepada
saudari ini.
Pada 12 Disember 2014, telefon & laptop saya telah dicuri & semua
details customer saya telah hilang & menyukarkan saya untuk trace &
retrieve maklumat customer saya. Saya telah membeli nombor baru iaitu 019-201
2447 & war2kan di page. Nombor tersebut mungkin telah di recycle & saya
juga tidak sempat untuk semak semua apps di phone atau nombor baru. Saudari ini
mempertikaikan username wechatt adalah “rosnishamsiza” & mungkin ini adalah
username pemilik nombor ini sebelum ini.
Saya akan
menjawab segala tuduhan saudari ini berserta bukti2 yang disertakan seperti di
bawah:
(1) Top scammer @ penipu tegar di Malaysia
Di facebook page saya ni, ada nombor ssm, nama
penuh saya melalui no akaun pembayaran. Jika benar saya ni scammer & ramai
yang saya tipu (jika ada bukti kukuh), kenapa sampai sekarang polis tak tangkap
saya sedangkan saya ni tak ada bersembunyi sebab takut atas penipuan saya.
Polis ada semua details saya termasuk no ic & alamat saya yang terkini
semasa saya membuat report tentang masalah saya baru-baru ini.
(2) Scam food delivery
Waktu ni saya baru habis belajar & belum dapat
kerja tetap, saya tinggal di Perlis bersama suami saya & kami minat memasak
& buat perkhidmatan “food delivery” kepada pelajar UNIMAP (saya ex-student
university tersebut). Kawan-kawan saya & pelanggan saya ada bukti saya
pernah buat food delivery, & saya tak bodoh untuk jadi scam food delivery
& tak terfikir di akal fikiran macam mana caranya. Saya hanya cuba mencari
rezeki yang halal & saya rasa tak salah di sisi islam atau undang-undang.
Mungkin hina di mata saudari ni tapi pandangan manusia tak penting pun bagi
saya.
(3) Scam jual beli tanah
Geran ada disertakan di bawah, tanah sebidang yang
diiklankan belum dijual lagi, jadi iklan saya masih ada, jadi saya harap
saudari ni sila kemukakan bukti tentang scam jual beli tanah atas tuduhan yang
diberikan sehingga menjadi satu kesalahan untuk menjual asset saya sendiri.
(4) Scam nanny @ pengasuh
Kerja ni saya pernah buat & ada iklankan di
internet untuk kawasan shah alam tetapi kerja ni sambilan sahaja selama sebulan
sehingga saya dapat pekerjaan lain. Nombor telefon ibu bapa bayi @ kanak2 yang
saya jaga masih ada bersama saya. Hina di mata saudari, halal di sisi Allah.
(5) Scam penyamaran orang Arab
Untuk pengetahuan, suami saya memang orang Arab
(Egyptian secara khususnya) & tak pernah menyamar menjadi sesiapa pun. Kaum
keluarga & kawan-kawan saya sedia maklum tentang hal ini. Saya rasa hairan
kenapa semua maklumat tentang saya menjadi masalah kepada saudari sehingga gambar2 suami saya disebarkan sebagai penipu. Jika saudari di tempat saya apa perasaan saudari hingga melibatkan kaum keluarga sendiri? Saya sertakan sekali gambar saudari di bawah supaya mereka di luar sana berhati-hati dengan saudari.
(6) Scam jual wax
Gambar produk, video & bukti2 slip poslaju ada
disertakan di page. Produk yang beliau war2kan sebagai tipu, tak akan ada yang
terima barang, dan beliau sendiri dah confirmkan dapat barang tersebut (bukti disertakan),
tetapi masih sebar & tuduh macam2 tentang saya & menghasut pelanggan
lain untuk tidak membeli produk saya.
Semua tuduhan yang dilemparkan saya dah jelaskan & semua bukti saya ada. Jadi saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis mengenai saudari ini. Sebab fitnah beliau cukup melampau. Setiap perkara ada batasan. Ramai yang mengenali saya ada menghubungi bertanyakan tentang hal ini kerana mereka lebih mengenali saya. Saudari dah burukkan nama & cemarkan maruah saya kepada orang awam melalui blog saudari dengan 6 tuduhan tidak berasas, saya akan membawa hal ini ke muka pengadilan sebagai pengajaran bagi mereka yang suka memfitnah & memburukkan nama orang lain.
Kepada saudari yang bernama : Nur Azlinda binti
Ishak (tidak dapat dipastikan nama sebenar atau
tidak), blog
piranhabesi.blogspot.com, google account 3593steelpiranha & facebook name
“Odessa maya”, saudari mengatakan saya serang customer, di bawah ada semua
bukti saudari menyerang saya terlebih dahulu dengan bermacam cacian, hinaan,
& ugutan terhadap saya. Saudari bersetuju untuk membayar produk tersebut
selepas mendapat barang tersebut dengan wang pos tapi sehingga kini saya masih
belum menerima bayaran yang dijanjikan malah mendapat fitnah daripada saudari.
Saudari menulis blog fitnah tentang saya, komen fitnah pada video produk saya
di youtube & menghasut pelanggan saya. Saya tidak kisah jika saudari tidak
mahu membayar produk tersebut, saya halalkan tetapi setiap tuduhan yang saudari
lemparkan saya tidak akan halalkan dan akan membuat tindakan susulan selepas
report pertama.
Kepada readers, saya tipu ke kalau saudari ini dah
confirm dapat barang ? Silakan semua check sendiri di bawah saya ada sertakan
bukti pos barang kepada beliau & pelanggan-pelanggan lain. Dalam hal beliau
ni, saya mengaku salah lambat pos barang iaitu pada 17 hb Disember, saya
berjanji untuk pos barang pada 12 hb namun ada hal yang tidak dapat dielakkan
berlaku (report polis disertakan kejadian di mana phone & laptop saya
dicuri). Saudari ini telah mendapat produk yang diorder (belum berbayar) dalam
masa 3 hari bekerja (di mana tiada kelewatan dalam penerimaan) tetapi
penyebaran fitnah tentang saya masih giat dilakukan beliau.
Penipu, scammer & terlambat pos barang adalah 2 perkaran berbeza &
Allah Maha Mengetahui saya bukan scammer atau penipu seperti tuduhan saudari.
Allah Maha Melihat apa yang saudari hina & caci maki saya.
Jika saudari tidak mahu delete atau hentikan fitnah
terhadap saya tidak mengapa. Saya tidak akan jatuh atau tersungkur dengan segala
tuduhan saudari kerana saya yakin pada Allah akan membantu mereka yang
teraniaya & rezeki tu daripada Allah bukan daripada saudari.
Jika saudari merasa hebat di dunia ini, ingatlah semua itu hanya pinjaman daripada pemilik seluruh alam semesta, Allah Azza Wa Jalla. Awak panggil saya dengan panggilan betina, iaitu perumpamaan bagi binatang, semua tu saya serahkan pada Allah untuk menilainya kerana awak menghina ciptaan Allah SWT. Semoga Allah memberkati, Wassalam.
((REPORT POLIS YANG TELAH DIBUAT TERHADAP PEMFITNAH INI))
((Bukti penyebaran fitnah melalui fb beliau, bukti conversation untuk beli barang, pembayaran ingin dibuat melalui wang pos, & hinaan serta caci maki beliau)
![]() |
| Buat saudari, no report ada kat atas tu ye, bolehlah double-check dengan pihak polis, saya berani kerana benar :) |
Saudari ni order 11/12/2014, saya berjanji untuk pos pada jumaat, 12/12 tetapi pada 12/12 berlaku kejadian pecah rumah, laptop & phone saya hilang & tidak sempat untuk pos kerana banyak hal yang perlu diselesaikan.
"Barang lambat sikit xpela, hujung bulan pon bole" Barang awak tu sampai 18/12 (xsampai hujung bulan pun ye-4 hari bekerja sahaja)
Fitnah yang dilemparkan melalui blog beliau:
![]() |
Maaf ye, saya tak akan sia2kan masa untuk ganggu saudari & family saudari, tiada faedah yang saya dapat & saya ada bukti yang saudari mesej & ganggu saya bersama fitnah yang saudari lemparkan. |
![]() |
| "Saya share status post iklan saya yang bulan Ogos & share pada bulan November juga membuatkan saudari ini resah gelisah, ada sekali bukti2 saudari fitnah saya scam dengan tuduhan seperti di atas. |
![]() |
Beliau mempertikaikan no telefon rumah 04 yang diperolehi di iklan bulan Mac, no tersebut memang no telefon rumah saya. Namun pada bulan Jun, saya telah berpindah ke Selangor( saya ada maklumkan di page) & telah menamatkan servis nombor tersebut. Jadi jika call sekarang memang nombor tersebut tak dapat dihubungi & hal ini juga menjadi masalah besar kepada saudari ini.
Bukti berkaitan kes:
![]() |
| Bukti geran tanah saya yang dikatakan saya scam jual beli tanah, boleh kemukakan kepada pejabat tanah Perlis jika saya menipu tentang pemilikan tanah ini. |
![]() |
| Bukti slip pengeposan kepada beliau (tak dapat dipastikan nama yang beliau beri tu betul atau tidak sebab yang terima barang dalam track n trace adalah PARIDAH |
![]() |
| Gambar produk - stok ada di rumah kalau cakap saya tipu ;) kalau barang tu tipu, xadalah saudari ni terima barangnya. |












.jpg)
.jpg)

.jpg)

.jpg)









.jpg)





