Monday, 29 December 2014

Penjelasan Isu Fitnah INDAH TRADISI PENIPU & SCAMMER SALMA BINTI MD YUNUS

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.
Setinggi-tinggi doa dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas segala nikmatNya & marilah sama-sama kita berdoa untuk keselamatan & kesejahteraan saudara mangsa-mangsa banjir.

Tujuan saya menulis entry ini adalah untuk membersihkan nama saya & nama Indah Tradisi yang merupakan syarikat perniagaan online saya yang telah difitnah sehingga mencemarkan nama saya saya.

Allah uji saya dengan bermacam ujian & masalah tapi saya cuba untuk bersabar. Ada yang rebranding produk saya tanpa kebenaran & buat page saya penipu, tuduh macam-macam, masih saya diamkan juga. Tak perlu saya ceritakan segala detail masalah saya di sini tetapi segala bukti penuh berkenaan fitnah yang ditujukan, saya akan tunjuk kepada pihak berwajib sahaja jika perlu & bukti yang perlu saya akan sertakan bersama post ini.  

Demi Allah, saya tak mahu panjangkan hal ini namun fitnah ni dah bagi kesan buruk pada saya. Saya harus berdepan sebab saya berniaga, kalau saya penipu, saya dah lama kena tangkap & facebook page saya tak akan bertahan sampai sekarang sedangkan semua detail ada di page saya jika polis nak cari saya.

Masalah mencemarkan nama baik saya bertambah serius apabila seorang saudari ini memfitnah saya dengan bermacam tuduhan di blog beliau iaitu piranhabesi.blogspot.com. Tuduhan tersebut termasuklah:

1) Saya adalah antara penipu tegar & top scammer di Malaysia.

2) Scam food delivery
3) Scam jual beli tanah
4) Scam nanny/pengasuh budak
5) Suami saya menyamar menjadi orang Arab
6) Scam jual wax

Semua tuduhan ini dikemukakan atas maklumat carian google iklan di bawah nombor 019-283 2174. Memang nombor tersebut adalah nombor saya & semua iklan yang dipaparkan adalah benar.

Untuk pengetahuan, saya ada semua dokumen geran tanah yang cakap saya tipu, secara logiknya cuba fikir macam mana nak scam jual beli tanah jika semua urusan jual beli dan tukar nama tidak dibuat di pejabat tanah?  Tanah yang dipertikaikan tu hasil titik peluh saya & suami saya bekerja. Adakah menjadi satu kesalahan jika saya ingin menjual asset saya? Beliau mempertikaikan no telefon rumah 04 yang diperolehi di iklan bulan Mac, no tersebut memang no telefon rumah saya. Namun pada bulan Jun, saya telah berpindah ke Selangor( saya ada maklumkan di page) & telah menamatkan servis nombor tersebut. Jadi jika call sekarang memang nombor tersebut tak dapat dihubungi & hal ini juga menjadi masalah besar kepada saudari ini. 

Pada 12 Disember 2014, telefon & laptop saya telah dicuri & semua details customer saya telah hilang & menyukarkan saya untuk trace & retrieve maklumat customer saya. Saya telah membeli nombor baru iaitu 019-201 2447 & war2kan di page. Nombor tersebut mungkin telah di recycle & saya juga tidak sempat untuk semak semua apps di phone atau nombor baru. Saudari ini mempertikaikan username wechatt adalah “rosnishamsiza” & mungkin ini adalah username pemilik nombor ini sebelum ini.


Saya akan menjawab segala tuduhan saudari ini berserta bukti2 yang disertakan seperti di bawah:

      (1)  Top scammer @ penipu tegar di Malaysia
Di facebook page saya ni, ada nombor ssm, nama penuh saya melalui no akaun pembayaran. Jika benar saya ni scammer & ramai yang saya tipu (jika ada bukti kukuh), kenapa sampai sekarang polis tak tangkap saya sedangkan saya ni tak ada bersembunyi sebab takut atas penipuan saya. Polis ada semua details saya termasuk no ic & alamat saya yang terkini semasa saya membuat report tentang masalah saya baru-baru ini.

(2) Scam food delivery
Waktu ni saya baru habis belajar & belum dapat kerja tetap, saya tinggal di Perlis bersama suami saya & kami minat memasak & buat perkhidmatan “food delivery” kepada pelajar UNIMAP (saya ex-student university tersebut). Kawan-kawan saya & pelanggan saya ada bukti saya pernah buat food delivery, & saya tak bodoh untuk jadi scam food delivery & tak terfikir di akal fikiran macam mana caranya. Saya hanya cuba mencari rezeki yang halal & saya rasa tak salah di sisi islam atau undang-undang. Mungkin hina di mata saudari ni tapi pandangan manusia tak penting pun bagi saya.

      (3) Scam jual beli tanah
Geran ada disertakan di bawah, tanah sebidang yang diiklankan belum dijual lagi, jadi iklan saya masih ada, jadi saya harap saudari ni sila kemukakan bukti tentang scam jual beli tanah atas tuduhan yang diberikan sehingga menjadi satu kesalahan untuk menjual asset saya sendiri.

      (4)  Scam nanny @ pengasuh
Kerja ni saya pernah buat & ada iklankan di internet untuk kawasan shah alam tetapi kerja ni sambilan sahaja selama sebulan sehingga saya dapat pekerjaan lain. Nombor telefon ibu bapa bayi @ kanak2 yang saya jaga masih ada bersama saya. Hina di mata saudari, halal di sisi Allah.
(5) Scam penyamaran orang Arab

Untuk pengetahuan, suami saya memang orang Arab (Egyptian secara khususnya) & tak pernah menyamar menjadi sesiapa pun. Kaum keluarga & kawan-kawan saya sedia maklum tentang hal ini. Saya rasa hairan kenapa semua maklumat tentang saya menjadi masalah kepada saudari sehingga gambar2 suami saya disebarkan sebagai penipu. Jika saudari di tempat saya apa perasaan saudari hingga melibatkan kaum keluarga sendiri? Saya sertakan sekali gambar saudari di bawah supaya mereka di luar sana berhati-hati dengan saudari.

      (6)  Scam jual wax
Gambar produk, video & bukti2 slip poslaju ada disertakan di page. Produk yang beliau war2kan sebagai tipu, tak akan ada yang terima barang, dan beliau sendiri dah confirmkan dapat barang tersebut (bukti disertakan), tetapi masih sebar & tuduh macam2 tentang saya & menghasut pelanggan lain untuk tidak membeli produk saya.

Semua tuduhan yang dilemparkan saya dah jelaskan & semua bukti saya ada. Jadi saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis mengenai saudari ini. Sebab fitnah beliau cukup melampau. Setiap perkara ada batasan. Ramai yang mengenali saya ada menghubungi bertanyakan tentang hal ini kerana mereka lebih mengenali saya. Saudari dah burukkan nama & cemarkan maruah saya kepada orang awam melalui blog saudari dengan 6 tuduhan tidak berasas,  saya akan membawa hal ini ke muka pengadilan sebagai pengajaran bagi mereka yang suka memfitnah & memburukkan nama orang lain.

Kepada saudari yang bernama : Nur Azlinda binti Ishak (tidak dapat dipastikan nama sebenar atau  tidak),  blog piranhabesi.blogspot.com, google account 3593steelpiranha & facebook name “Odessa maya”, saudari mengatakan saya serang customer, di bawah ada semua bukti saudari menyerang saya terlebih dahulu dengan bermacam cacian, hinaan, & ugutan terhadap saya. Saudari bersetuju untuk membayar produk tersebut selepas mendapat barang tersebut dengan wang pos tapi sehingga kini saya masih belum menerima bayaran yang dijanjikan malah mendapat fitnah daripada saudari. Saudari menulis blog fitnah tentang saya, komen fitnah pada video produk saya di youtube & menghasut pelanggan saya. Saya tidak kisah jika saudari tidak mahu membayar produk tersebut, saya halalkan tetapi setiap tuduhan yang saudari lemparkan saya tidak akan halalkan dan akan membuat tindakan susulan selepas report pertama.

Kepada readers, saya tipu ke kalau saudari ini dah confirm dapat barang ? Silakan semua check sendiri di bawah saya ada sertakan bukti pos barang kepada beliau & pelanggan-pelanggan lain. Dalam hal beliau ni, saya mengaku salah lambat pos barang iaitu pada 17 hb Disember, saya berjanji untuk pos barang pada 12 hb namun ada hal yang tidak dapat dielakkan berlaku (report polis disertakan kejadian di mana phone & laptop saya dicuri). Saudari ini telah mendapat produk yang diorder (belum berbayar) dalam masa 3 hari bekerja (di mana tiada kelewatan dalam penerimaan) tetapi penyebaran fitnah tentang saya masih giat dilakukan beliau.

Penipu, scammer & terlambat pos barang adalah 2 perkaran berbeza & Allah Maha Mengetahui saya bukan scammer atau penipu seperti tuduhan saudari. Allah Maha Melihat apa yang saudari hina & caci maki saya.


Jika saudari tidak mahu delete atau hentikan fitnah terhadap saya tidak mengapa. Saya tidak akan jatuh atau tersungkur dengan segala tuduhan saudari kerana saya yakin pada Allah akan membantu mereka yang teraniaya & rezeki tu daripada Allah bukan daripada saudari.

Jika saudari merasa hebat di dunia ini, ingatlah semua itu hanya pinjaman daripada pemilik seluruh alam semesta, Allah Azza Wa Jalla. Awak panggil saya dengan panggilan betina, iaitu perumpamaan bagi binatang, semua tu saya serahkan pada Allah untuk menilainya kerana awak menghina ciptaan Allah SWT. Semoga Allah memberkati, Wassalam. 

((REPORT POLIS YANG TELAH DIBUAT TERHADAP PEMFITNAH INI))






((Bukti penyebaran fitnah melalui fb beliau, bukti conversation untuk beli barang, pembayaran ingin dibuat melalui wang pos, & hinaan serta caci maki beliau)



Buat saudari, no report ada kat atas tu ye, bolehlah double-check dengan pihak polis, saya berani kerana benar :)




Saudari ni order 11/12/2014, saya berjanji untuk pos pada jumaat, 12/12 tetapi pada 12/12 berlaku kejadian pecah rumah, laptop & phone saya hilang & tidak sempat untuk pos kerana banyak hal yang perlu diselesaikan.


"Barang lambat sikit xpela, hujung bulan pon bole" Barang awak tu sampai 18/12 (xsampai hujung bulan pun ye-4 hari bekerja sahaja)
"End of month" Barang sampai ke tangan saudari dalam 4 hari bekerja, xada sampai hujung tahun, tapi saudari ini masih sebarkan fitnah beliau & nak lenyek saya dengan kereta 4x4 (jangan riak sangat dengan nikmat yang Allah bagi)

" Muka xcantik, penipu plak tu" . Saudari menghina ciptaan Allah, wajah cantik ke tak semua kurniaan Allah SWT, semua ciptaan Allah. Apa guna wajah cantik tapi hati busuk? Dan saudari tak kenal pun saya untuk menghina saya. Tuduhan dan kata2 saudari lagi buruk dari wajah saudari.


Fitnah yang dilemparkan melalui blog beliau:



Seperti yang saya terangkan di atas, saya telah membeli no baru sebab phone saya kena curi, & saya xsempat nak check semua account apps di phone/nombor baru & mungkin nombor tersebut adalah recycle & username pemilik nombor tersebut adalah rosnishamsiza. Adakah nama saudari ini "Piranha binti Besi" sampai nak persoalkan username orang lain?

& Harap saudari dapat kemukakan bukti saya ni penipu tegar :)

Saudari tak mahu turunkan tidak mengapa, ini bermakna saudari tetap dengan fitnah saudari, saya juga akan bawa hal ini ke muka pengadilan berdasarkan 6 tuduhan tanpa bukti daripada saudari :)

Saya tak pernah block saudari, jika saya block mana mungkin saudari boleh mesej saya di facebook ? :)

Bukti saudari ini dapat barang yang diorder & belum berbayar, tapi masih menyebarkan fitnah mengenai saya.  "Memang  tak selamat hidup ko" Kenapa, sebab saya pos barang awak? Sebab awak xbayar pun barang tu seperti yang dijanjikan? Harap muhasabah diri dulu sebelum cakap hidup orang tak selamat macam awak tu Tuhan. 

Boleh bagi bukti email tak sama? FYI, email untuk jualan produk wax, semua email adalah di bawah email nourjamilah@gmail.com, boleh check kat semua iklan dan di page, bagi iklan food delivery/nanny tu semua tu 2 tahun lepas, email pun dah ubah, satu kesalahankah saya nak ubah email saya pada tahun lain? 




Maaf ye, saya tak akan sia2kan masa untuk ganggu saudari & family saudari, tiada faedah yang saya dapat & saya ada bukti yang saudari mesej & ganggu saya bersama fitnah yang saudari lemparkan. 

"Saya share status post iklan saya yang bulan Ogos & share pada bulan November juga membuatkan saudari ini resah gelisah, ada sekali bukti2 saudari fitnah saya scam dengan tuduhan seperti di atas. 


Manusia berhati busuk yang nak jatuhkan bisnes orang lain sedangkan dah dapat barang (tapi cakap nak duit balik, duit mana yang awak bayar, mana buktinya?? & tuduh suami saya menyamar orang Arab, suami saya memang Arabian, dan saya rasa tak patut jadi isu pun. 


 Beliau mempertikaikan no telefon rumah 04 yang diperolehi di iklan bulan Mac, no tersebut memang no telefon rumah saya. Namun pada bulan Jun, saya telah berpindah ke Selangor( saya ada maklumkan di page) & telah menamatkan servis nombor tersebut. Jadi jika call sekarang memang nombor tersebut tak dapat dihubungi & hal ini juga menjadi masalah besar kepada saudari ini. 


Bukti berkaitan kes:




Bukti geran tanah saya yang dikatakan saya scam jual beli tanah, boleh kemukakan kepada pejabat tanah Perlis jika saya menipu tentang pemilikan tanah ini. 


Bukti slip pengeposan kepada beliau (tak dapat dipastikan nama yang beliau beri tu betul atau tidak sebab yang terima barang dalam track n trace adalah PARIDAH



Gambar produk - stok ada di rumah kalau cakap saya tipu ;) kalau barang tu tipu, xadalah saudari ni terima barangnya. 


Nur Azlinda binti Ishak (tak pasti nama sebenar atau tidak), Piranha besi, Steelpiranha, Odessa Maya.

Selepas report & penjelasan ini dibuat, saudari ini telah mengubah @ edit kenyataan beliau di blog. Salinan asal masih ada bersama saya. 
Sebelum: " banyak juga scam dia"

Selepas:  "scam atau tidak, tak dapat dipastikan"

Nasihat saya kepada saudari ni, kalau tak pasti tentang seseorang tu, jangan main tuduh je nanti memakan diri sendiri. Dan sekarang saudari ni telah menuduh saya membuat report palsu. Tidak mengapalah saudari, sekarang ni dah terang lagi bersuluh siapa yang suka edit@ubah kenyataan. Saudari tidak telus dalam memberi bukti yang direka sendiri. Saya serahkan pada Allah sebab Allah Maha Adil & biar polis selesaikan tak perlu mesej saya dan kemudiannya menuduh saya mengganggu saudari. Semua bukti saya ada dan saya tak takut kerana saya tahu saya benar. Silakan berusaha mereka mesej daripada saya dan edit blog anda kerana Allah Maha Melihat.




Link pengeposan terkini produk saya :

Posting Indah Tradisi



Sekian sahaja daripada saya, boleh nilaikan sendiri & ALLAH MAHA MENGETAHUI :)

Wassalam.


“FITNAH”, yaitu menyiarkan sesuatu berita tanpa dasar kebenaran, dengan tujuan untuk mencemarkan nama baik seseorang, dan bagi pemfitnah tersebut pula mudah untuknya mencapai segala cita-citanya. Perbuatan yang tercela seperti ini dilarang oleh Allah S.W.T. dan orang yang membuat fitnah itu akan ditimpa azab yang amat pedih. 

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih”. (Q.S. al-Buruj: 10) 

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah dari kebanyakan sangkaan, karena sesungguhnya sebahgian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha penerima taubat dan Maha penyayang.” (Q.S. al-Hujurat: 12) 

Untuk menghadapi mereka yang memerangi umat Islam, Allah S.W.T. berfirman: “Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan agama itu hanya untuk Allah. Jika mereka berhenti (memusuhi kamu), maka tidak ada lagi permusuhan, kecuali terhadap orang-orang yang zalim. (Q.S. al-Baqarah: 193) 

Fitnah itu lebih besar dosanya daripada dosa membunuh (manusia yang tak bersalah), Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh. (Q.S. al-Baqarah: 217)





Thursday, 14 August 2014

Clearn Hair Removal


ANDA CANTIK? AYU JELITA?? ANDA KACAK BERGAYA?
Namun......masalah ini menghantui anda?

> Bulu roma di atas bibir seperti lelaki berkumis (bagi perempuan)
> Bulu lengan/betis panjang
> Rimas dengan bulu dada panjang
> Ingin menjimatkan masa membuang bulu ketiak tanpa rasa tidak selesa
>Pelbagai masalah bulu roma ??

KAMI ADA PENYELESAIANNYA… CLEARN HAIR REMOVAL

CLEARN HAIR REMOVAL boleh digunakan di seluruh badan anda yang anda inginkan seperti wajah, lengan, betis, ketiak, badan dan tempat sensitif. Ia akan membuang bulu roma yang tidak diingini dalam masa yang pantas dan tidak menyakitkan walaupun ia membuang bulu sehingga ke akarnya. Penggunaan CLEARN HAIR REMOVAL akan menghasilkan kulit yang licin, halus, dan lembut bak sutera.

AVAILABLE DALAM 2 SIZE:
M (400g : 6-10x penggunaan) = RM35 SM/RM40 SS
L (700g : 15-20x penggunaan)= RM50 SM/RM55 SS


Apakah keistimewaan Clearn Hair Removal?

• Membuang bulu yang tidak diingini tanpa rasa sakit
• Melambatkan proses penumbuhan rambut daripada kebiasaannya
• Mengurangkan 60-80% kepanjangan bulu setiap kali penggunaan
• Menghilangkan sel-sel mati untuk mencerahkan lagi kulit
• Mengurangkan bintik-bintik hitam dan putih
• Memperbaharui kulit dan menyingkirkan sel kulit mati
• 100% bahan semulajadi
• Membuang bulu hingga ke akarnya

ANDA BERMINAT? ORDER/PERTANYAAN:
SMS/WHATSAPP: 019-2832174
Untuk details/order/pertanyaan, pm page kami melalui link berikut:

*****************************************************************
https://www.facebook.com/messages/Indah.Tradisi.Trading
*****************************************************************

>>CARA ORDER<<

Payment boleh dibuat ke mana-mana akaun di bawah:
CIMB : 7045688946 (SALMA BINTI MD YUNUS )
MAYBANK : 5590-1231-3359 (INDAH TRADISI TRADING)
Bila sudah confirm, bagi details spt berikut untuk penghantaran:
1)Nama:
2) Alamat:
3) No.phone:
4) Kuantiti/Size/Produk:
5) Tarikh/Masa bank-in/(CIMB /MAYBANK):
6) Bukti Pembayaran, resit bank in/ printscreen online transfer.

SMS/WHATSAPP: 019-201 2447
EMAIL : nourjamilah@gmail.com